Notis Perlindungan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Akta"), yang mengawal pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, yang berkaitan dengan Sheng De Xin Sdn. Bhd. (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "SDX", "kita" atau "kami"). Untuk tujuan notis bertulis ini, istilah "data peribadi" dan "pemprosesan" akan membawa maksud yang ditetapkan di dalam Akta.

  • Notis bertulis ini bertindak untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak SDX dan data peribada anda telah, atau mungkin dikumpul pada masa depan, daripada maklumat yang anda bekalkan kepada kami dalam borang anda untuk menjadi Pengedar SDX dan/atau semasa tempoh keahlian anda.
  • Data peribadi yang kami proses boleh termasuk dan tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, gambar-gambar, imej-imej, perkongsian dan lain-lain maklumat anda untuk tujuan-tujuan yang berikut:
    • Memproses permohonan anda;
    • Menghubungi anda dan menyokong keahlian anda atau menjalankan tinjauan dalaman serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan;
    • Memproses pembayaran, faedah dan/atau kemudahan pinjaman anda;
    • Menerbitkan di dalam iklan, promosi dan bahan-bahan komunikasi SDX;
    • Memproses penyertaan anda dalam mesyuarat, bengkel, acara atau kempen pelancongan yang dianjurkan oleh SDX;
    • Menyediakan maklumat-maklumat dan kursus tentang produk-produk dan perkhidmatan, peluang perniagaan kami serta produk-produk dan perkhidmatan daripada rakan kongsi perniagaan kami kepada anda;
    • Membalas pertanyaan anda;
    • Menunaikan obligasi yang dikehendaki di bawah undang-undang yang berkaitan, membantu dalam mana-mana penyiasatan kerajaan atau pihak polis dan/atau mendapatkan nasihat perundangan bagi memastikan pematuhan Peraturan-peraturan Pengedar SDX, Kod Etika dan lain-lain dasar serta prosedur;
    • Lain-lain tujuan berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas serta aktiviti SDX. (kemudian daripada ini secara kolektifnya dirujuk sebagai "Tujuan-tujuan").
      Jika anda gagal membekalkan data peribadi kepada kami, atau kemudiannya menarik balik kebenaran untuk kami memproses data peribadi (selain daripada untuk tujuan jualan langsung), kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
  • Data peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada awam, syarikat-syarikat yang berkaitan, penerima lesen, rakan kongsi perniagaan, para pengedar dan/atau pembekal perkhidmatan kami untuk mana-mana Tujuan-tujuan atau lain-lain tujuan yang berkaitan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-tujuan. Selanjutnya, data peribadi anda juga mungkin dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia.
  • Walaupun kami berusaha menyimpan dan memastikan maklumat atau data anda direkodkan dengan betul, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika anda ingin meminta akses atau meminta untuk pembetulan terhadap data peribadi anda dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan berkaitan dengan data peribadi anda, sila hubungi:
    Pegawai BertanggungjawabCustomer Service
    No. Telefon603-79313533
    No. Faks603-79312533
    Alamat e-melmy.cs@trustethic.com
    Kami berhak untuk mengenakan yuran bagi permintaan mengakses data. Kami mungkin menolak permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan pada data peribadi anda di bawah Akta ini, dan jika kami menolak permintaan seperti ini, kami akan memaklumkan anda tentang sebab-sebab penolakan kami.
  • Apabila anda memberikan kami data peribadi atau maklumat orang lain, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik, bersetuju atau memberi kuasa kepada anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk memberi persetujuan dalam pemprosesan data peribadi mereka dan untuk menerima notis-notis perlindungan data peribadi bagi pihak mereka.
  • Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina bagi notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan dirujuk dan diguna pakai.
X
Hubungi Kami